Sunday, September 14, 2008

Industri takaful patut dapat sokongan



DALAM kepesatan industri kewangan Islam berkembang, industri takaful bagaimanapun masih kurang mendapat perhatian masyarakat. Industri takaful sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk berkembang apatah lagi di Malaysia yang majoritinya adalah masyarakat Melayu Islam. Takaful adalah insurans Islam yang mempunyai konsep yang sama seperti konvensional insuran tetapi berbeza pendekatan. Konsep pengurusan risiko yang menjadi teras di dalam insurans sebenarnya sudah lama wujud di dalam Islam seperti sistem Aqilah yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah. Di bawah sistem ini keluarga penjenayah (atau pihak yang bertanggungjawab pada kerosakan) membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, begitu juga pada zaman Khalifah Umar yang wujud tabung untuk membantu golongan yang berada di dalam kesusahan. Bagaimanapun, industri takaful hanya muncul pada 1979 di Sudan dan menjadi permulaan kepada industri yang penuh potensi ini. Di Malaysia, takaful hanya menguasai 7 peratus pasaran berbanding dengan industri insurans konvensional sedangkan Bank Negara mensasarkan 20 peratus penguasaan pasaran oleh industri kewangan Islam pada 2010. Justeru, ia membawa persoalan kemampuan industri takaful yang menjadi sub kepada industri kewangan Islam untuk turut sama berkembang pada tahap yang sepatut dan yang dijangka. Pembangunan industri ini walaupun membanggakan dengan pertumbuhan bilangan syarikat, namun masih lagi kurang memuaskan. Tidak dinafikan Bank Negara memainkan peranan yang proaktif untuk memajukan industri ini dengan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk pemain pasaran.

Wednesday, September 3, 2008

Urus Wang Anda: Insurans instrumen tenangkan jiwa



BENCANA seperti kebakaran tidak dapat dijangka berlaku dan tidak mengira tempat


Dana bersama dikutip beri perlindungan am, hayat demi masa depan

RAMAI yang berasa kurang senang bila didatangi ejen insurans, mungkin kerana bosan untuk mendengar penerangan mereka yang panjang lebar. Bagaimanapun ada baiknya anda jangan berkata tidak kepada ejen insurans itu sebelum mendengar penerangan mereka mengenai faedah dan manfaat insurans.
Ini kerana insurans adalah salah satu instrumen perancangan kewangan yang sebenarnya memberikan ketenangan jiwa. Wang yang dibayar sebagai premium insurans setiap bulan sebenarnya memberikan perlindungan kepada anda. Antaranya, wang itu dapat membayar ke atas sebarang kerosakan yang berlaku kepada barangan yang anda beli atau menggantikannya jika ia dicuri. Ia juga boleh membayar bil perubatan apabila anda dan ahli keluarga dimasukkan ke hospital.

Faedah insurans juga adalah dari segi memberikan bayaran untuk perbelanjaan bulanan, menguruskan hutang atau apa-apa komitmen kewangan jika anda tidak boleh bekerja disebabkan kesakitan serius atau ditimpa kemalangan. Faedah lain termasuk menyediakan sokongan kewangan kepada ahli keluarga jika seseorang yang bertanggungjawab mencari rezeki dalam keluarga berkenaan meninggal dunia atau jatuh sakit yang menyebabkannya tidak dapat lagi bekerja.

Bagaimana pula syarikat insurans dapat membayar pada jumlah yang tinggi kepada anda meskipun bayaran premium yang dibayar setiap bulan tidak begitu banyak? Dari mana datangnya wang berkenaan? Sebenarnya, syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang dikutip itu akan menjadi dana bersama.

Disebabkan tidak semua yang membayar bagi dana bersama itu mengalami peristiwa kurang baik dalam hidup mereka, dan sekiranya ia berlaku sekalipun, ia jarang berlaku serentak, maka syarikat insurans mampu menyediakan wang yang banyak bagi membayar faedah insurans. Jadi, dana bersama itu akan membantu semua orang yang telah menyumbang kepada dana berkenaan.

Jika anda sudah memahami apakah faedah insurans kepada anda, ada baiknya anda mengenali jenis insurans yang ada di pasaran yang terbahagi kepada insurans am hayat dan am. Polisi insurans hayat melindungi anda daripada risiko seperti kematian, kesakitan, kecacatan dan bayaran dimasukkan ke hospital.

Jadi adalah penting untuk anda mempunyai insurans jika ada orang lain yang bergantung hidup kepada anda, sama ada mereka itu adalah anak-anak atau ibu bapa anda. Tempoh perlindungan biasanya lebih daripada setahun dan ada mempunyai pilihan untuk membayar premium setiap bulan, setiap suku tahunan, separuh tahun atau setahun sekali sepanjang tempoh perlindungan.


Insurans am pula melindungi anda daripada kerugian akibat daripada kerugian atau kerosakan yang berlaku ke atas barangan milik anda. Ia juga melindungi anda jika anda menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, kematian akibat kemalangan atau dimasukkan ke hospital. Tempoh perlindungan selalunya selama setahun anda anda perlu membayar premium sekali saja pada setiap tahun.

Produk insurans am yang utama adalah insurans motor, rumah, perjalanan dan barangan peribadi seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan kamera yang diinsuranskan atas sebab kehilangan atau kecurian.
Antara produk insurans yang semakin popular di negara ini adalah insurans yang berlandaskan Syariah yang dikenali takaful. Ia mempunyai prinsip asas yang sama dengan insurans iaitu memberikan perlindungan kewangan kepada anda. Ada dua jenis produk takaful iaitu takaful keluarga dan takaful am.

Takaful keluarga adalah gabungan perlindungan dan simpanan jangka panjang yang biasanya meliputi tempoh lebih daripada setahun. Ia memberikan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi dan pada masa sama memberikan keuntungan pelaburan. Jenis takaful keluarga yang asas juga terdiri daripada anuiti persaraan, iaitu pelan yang memberikan anda pendapatan tetap apabila bersara. Jumlah insurans atau takaful yang dibeli pula bergantung kepada sebanyak mana wang yang anda perlukan untuk menampung gaya hidup anda dan membayar perbelanjaan apabila anda ditimpa sakit yang kritikal atau mengalami kecacatan kekal disebabkan kesakitan atau kemalangan.

Sementara itu, apabila ingin membuat tuntutan insurans anda mesti membuktikan bahawa kejadian yang diinsuranskan itu berlaku. Pastikan keperluan yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Sebagai contoh, jika barangan peribadi anda yang diinsuranskan telah dicuri, salah satu dokumen yang perlu disediakan adalah laporan polis. Apa yang penting, anda perlu memaklumkan syarikat insurans dengan serta-merta selepas sesuatu kejadian itu berlaku. Proses tuntutan akan menjadi lebih pantas jika anda mengemukakan semua dokumen yang diperlukan apabila mengisi borang tuntutan.

  • Tip sebelum membeli polisi insurans:
    Mengetahui enis polisi dan pelan, terutama ciri-ciri dan manfaat.
    Tahu risiko dan jenis barangan yang dilindungi insurans.
    Mengetahui syarat insurans.
    Mengetahui jumlah premium yang perlu dibayar berkaitan dengan jumlah yang dilindungi, risiko yang diliputi dan tempoh perlindungan.
    Mengetahui situasi yang membolehkan anda membuat tuntutan dan tahu bagaimana membuat tuntutan.
    Membeli insurans daripada ejen yang mewakili syarikat insurans yang sah yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia.
Oleh Azli Ayob
Sumber:BH 02/09/08

Friday, August 29, 2008

MELABURKAN WANG ANDA

MELABURKAN WANG ANDA
Sekiranya anda mempunyai wang lebihan pada setiap hujung bulan atau anda mempunyai sejumlah wang simpanan, anda mungkin ingin melaburkannya untuk mendapatkan pulangan maksimum ke atas pelaburan tersebut. Bagi pelabur yang bijak, kebanyakan mereka menyimpan wang yang cukup di dalam produk simpanan untuk keperluan masa kecemasan dan melaburkan bakinya untuk mendapat pulangan maksimum.
Untuk menentukan jenis pelaburan yang sesuai dengan anda, anda mungkin ingin mengambil kira faktor-faktor berikut:
• Matlamat dan keperluan Anda mungkin mempunyai matlamat dan keperluan tertentu yang anda ingin capai hasil daripada pelaburan anda. Contohnya, anda mungkin ingin membiayai pelajaran anak-anak anda di kolej, membesarkan perniagaan, rancangan perjalanan atau memenuhi keperluan persaraan.
• Umur anda adalah faktor penting dalam menentukan sebanyak mana risiko yang sedia anda tanggung. Portfolio aset yang lebih berisiko dan sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa mungkin lebih sesuai untuk pelabur golongan muda tetapi tidak semestinya untuk mereka yang menghampiri usia persaraan.
• Pendapatan Jumlah pendapatan dan keperluan pendapatan anda kedua-duanya akan mempengaruhi objektif pelaburan anda.
• Pekerjaan Pekerjaan anda juga akan memberi kesan kepada objektif portfolio pelaburan. Contohnya, adakah pekerjaan anda sekarang menyediakan pelan persaraan yang mencukupi atau adakah anda perlu menyediakan dana persaraan daripada simpanan, deposit tetap dan lain-lain portfolio pelaburan anda.
• Kekayaan Objektif pelaburan juga harus mengambil kira aset yang anda miliki di luar portfolio pelaburan. Jenis-jenis aset yang anda pegang akan mendatangkan impak kepada tahap risiko yang sedia ditanggung oleh anda. Simpanan dan deposit tetap adalah paling rendah risikonya diikuti oleh wang dalam bentuk bon-bon gred pelaburan, manakala melabur dalam ekuiti melibatkan tahap risiko yang lebih tinggi.
Di Malaysia, pasaran bon tidak mudah diakses oleh orang ramai dan anda memerlukan wang yang banyak untuk membeli bon-bon ini. Pelabur yang berminat untuk melabur dalam bon bolehlah berbuat demikian, misalnya, melalui amanah saham yang berhubung kait dengan instrumen berpendapatan tetap.
• Ufuk masa Salah satu faktor yang penting dalam menetapkan objektif pelaburananda ialah ufuk masa. Bilakah anda ingin mencairkan portfolio pelaburan anda? Anda perlu memilih tempoh matang aset-aset di mana anda bercadang untuk melabur.
• Kecairan Kecairan ialah semudah mana anda boleh mencairkan aset anda kepada tunai pada nilai pasaran yang berpatutan. Apa yang penting, anda hendaklah menentukan keperluan anda untuk menukarkan aset-aset anda kepada tunai pada masa yang sesuai.
• Simpanan dan deposit tetap adalah paling cair dan boleh ditukarkan dengan wang tunai pada bila-bila masa tanpa kerugian modal.
• Bon dan dana amanah saham tidak secair simpanan dan pelabur boleh mengalami kerugian modal mengikut harga pasaran bon atau amanah saham• Harga ekuiti lebih mudah berubah dan mempunyai tahap kecairan berbeza-beza. Ianya tidak seharusnya dipertimbangkan untuk pelaburan jangka pendek
• Harta benda pada amnya adalah aset tidak cair
• Kesediaan untuk menerima risiko Adalah penting untuk anda menilai adakah anda selesa menghadapi turun naik pasaran dan sejauh manakah anda bersedia untuk berdepan dengannya.
Sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pelaburan yang akan dibuat, anda mungkin ingin meminta nasihat daripada penasihat pelaburan yang bertauliah untuk menasihati anda bagaimana wang anda boleh dilaburkan.
Langkah 4 - Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda
Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula. Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda.
Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:
i. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda
ii. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya
iii. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya)
Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda. Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda.
Belanjawan yang mencapai matlamatnya sebenarnya dapat membebaskan dana dan membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan buat masa sekarang dan pada masa akan datang.
Langkah 2 - Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda Setelah anda menentukan matlamat anda, anda mungkin berasa mustahil untuk mencapainya, lebih-lebih lagi jika anda mendapati tiada lagi yang tinggal apabila tiba cukup bulan. Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik, matlamat anda akan menjadi mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda. Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda.Dengan ini, anda akan mengetahui:• Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda• Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan• Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan

Langkah 3 - Menilai Cara Anda Berbelanja Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan. Berikut adalah tip-tip bagaimana anda boleh menjadikan perbelanjaan anda lebih menjimatkan:
• Semak senarai barangan isi rumah yang anda beli untuk meneliti sama ada jenamanya boleh ditukar ke jenama yang lebih murah (seperti kertas tisu tandas, serbuk pencuci, cairan pembersih dan sebagainya)
• Semak senarai keperluan barang-barang dapur anda untuk mengenal pasti barangan yang "elok ada" tetapi sebenarnya tidak diperlukanAnda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan:
• Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
• Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
• Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
• Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
• Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
• Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu membelinya
Bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.

Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda

Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda
Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai baik yang muda mahupun yang dewasa untuk mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong anda berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat anda tercapai. Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian merekasekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan suatu ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi:
• Membeli rumah
• Membeli kereta
• Berkahwin
• Pelajaran anak-anak
• Percutian
• Persaraan
• Perbelanjaan perubatan
Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu anda untuk mengurus wang anda dengan berhemat. Matlamat anda boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada anda agar terus membuat perancangan kewangan.
Anda harus merancang untuk:
• Matlamat Jangka Pendek Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian.
• Matlamat Jangka Sederhana Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer.
• Matlamat Jangka Panjang
Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi. Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda.
Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan. Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain dan faktor-faktor yang diambil kira adalah termasuk faktor usia, tahap pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan.

Mengurus Wang

PENGENALAN
Mengurus wang anda membolehkan matlamat kewangan anda tercapai seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk membiayai pelajaran anak-anak atau merancang untuk persaraan. Apa yang perlu hanyalah membuat sedikit perancangan dan mengurus hal kewangan anda dengan betul. Halaman web ini memberi panduan kepada anda tentang prinsip-prinsip asas belanjawan dan membolehkan anda mengorak langkah ke arah kebebasan kewangan melalui tip-tip perancangan kewangan.
PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK
Bank Negara Malaysia menerusi Program Pendidikan Pengguna yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan pengguna juga menitikberatkan amalan perancangan kewangan yang baik dan tabiat menyimpan wang khususnya di kalangan pelajar sekolah, kaum wanita dan golongan pekerja.

SELANGKAH DEMI SELANGKAH KE ARAH AMALAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK
Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana. Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:
• Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
• Mengetahui ke mana perginya wang anda
• Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
• Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
• Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
• Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda

Pandangan semua ahli keluarga khususnya anak-anak, hendaklah diambil kira semasa membuat keputusan berhubung dengan perancangan kewangan anda. Ini akan menjadikan anda lebih akur dengan rancangan perbelanjaan anda dan juga membantuanak-anak membentuk kemahiran dalam hal perancangan kewangan pada peringkat umur yang masih muda lagi.

Sunday, August 24, 2008

Perancangan kewangan mencabar lagi menarik



Oleh HAZNAN HAMZAH
RAMAI yang kurang arif tentang cara menguruskan wang dengan teratur.Mereka tidak tahu bagaimana mengira keperluan persaraan dan apakah risiko-risiko yang akan mereka hadapi pada masa hadapan.
Bagi yang berpendapatan rendah atau sederhana, mereka akan lebih tertekan apabila bersara kerana jumlah pendapatan yang diterima kadang kala tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.
Mereka yang berpendapatan tinggi pula menghadapi masalah membahagikan harta mereka sehingga menyebabkan pergaduhan antara ahli keluarga atau adik beradik sendiri.
Ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan melalui pendidikan yang mencukupi.
Namun begitu, universiti tempatan mempunyai tempat yang terhad dan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk meneruskan pelajaran.
Kos belajar di universiti luar negara amat tinggi dan jikalau tidak dirancang dengan teliti maka cita-cita tersebut tidak tercapai.
Seorang perancang kewangan yang bertauliah berupaya membantu individu atau keluarga merancang hal ehwal kewangan mereka agar cita-cita dan harapan mereka boleh dicapai dengan lebih teratur, dengan mengambil kira segala risiko yang mungkin dihadapi.
Seorang perancang kewangan meneliti kedudukan kewangan, tahap risiko, cita-cita, keperluan peribadi dan keluarga, cukai pendapatan, aset, liabiliti, insurans nyawa dan insurans lain, pengurusan estet dan sebagainya untuk klien mereka sebelum sesuatu pelan atau strategi yang munasabah dan praktikal dapat dilaksanakan.
Ini bermakna seorang perancang kewangan akan menjalin hubungan yang sangat intim dengan pelanggan mereka seperti hubungan dengan peguam atau doktor peribadi.
Kerjaya sebagai seorang perancang kewangan secara amnya bermula selepas menjadi ejen insurans, ejen amanah saham atau penulis wasiat untuk beberapa tahun.
Bertauliah
Ada juga perancang kewangan yang berpengalaman berkhidmat sebagai akauntan dan peguam.
Untuk menjadi seorang perancang kewangan yang bertauliah, mereka perlu mengambil kursus perancangan kewangan seperti yang dikendalikan oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).
Kursus ini merangkumi enam modul dan selepas berjaya menduduki kesemua peperiksaan, mereka layak menggunakan perkataan CFP (Certified Financial Planner) di belakang nama mereka.
Kelayakan CFP diiktiraf di seluruh dunia dan mereka yang berjaya dikehendaki menjalani kerjaya mereka dengan mematuhi kod etika yang telah ditetapkan.
Label CFP juga diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai salah satu kelayakan untuk memohon lesen Investment Adviser.
Kebanyakan bank, syarikat insurans, syarikat amanah saham, firma sekuriti, firma perakaunan, firma perancangan kewangan dan firma guaman pada masa kini memerlukan pegawai perancang kewangan yang bertauliah kerana syarikat dan firma tersebut dapat memberi perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelanggan atau pelanggan mereka.
Seorang perancang kewangan juga boleh menubuhkan syarikat mereka sendiri selepas beberapa tahun pengalaman bekerja atau bekerjasama dengan firma perakaunan, firma guaman, perunding cukai pendapatan dan sebagainya.
Di luar negara, seperti di Amerika Syarikat (AS) dan Australia, pegawai perancang kewangan ialah seorang profesional yang setaraf dengan profesional lain seperti peguam, akauntan, penganalisis saham, dan penganalisis kewangan.
Di Australia, dalam setiap 10 keluarga, satu keluarga akan menggunakan perkhidmatan Perancang Kewangan untuk menguruskan hal ehwal kewangan mereka.
Di Malaysia, perancang kewangan merupakan satu kerjaya yang baru tetapi telah mendapat perhatian daripada semua pihak.
Sebuah universiti tempatan telah menawarkan kursus CFP bersama dengan program sarjananya. Begitu juga beberapa institusi yang pakar dalam bidang ini.
Dari segi pendapatan, seorang perancang kewangan boleh menyara hidupnya dengan pelbagai cara.
Contohnya, dengan bekerja (makan gaji), mendapat komisyen daripada produk kewangan, yuran perundingan, bergaji dengan komisyen atau pun yuran dan komisyen.
Yuran perundingan bergantung kepada pelan yang disediakan oleh perancang kewangan untuk kliennya dan jumlahnya adalah antara RM5,000 hingga RM80,000.
Kadangkala, ia boleh melebihi - ataupun kurang - daripada jumlah tersebut.
Setiap pelan berbeza bagi setiap klien dan setiap pelan adalah unik bagi memenuhi keperluan klien tersebut.
Pelan yang dimaksudkan adalah seperti pelan persaraan, pelan perubatan, pelan pendidikan untuk klien atau anak, pelan insurans, pelan pengurusan estet, pelan keperluan peribadi, pelan mengurus hutang, pelan pengurusan harta, pelan cukai pendapatan dan sebagainya.
Perancangan kewangan adalah untuk semua orang tidak kira bangsa, agama dan peringkat umur. Setiap individu perlu menjaga segala aspek kewangannya agar mendapat ketenangan jiwa (peace of mind) dan hak-hak orang yang disayangi terjamin supaya sebarang keraguan dapat diatasi dengan teratur.
Seorang perancang kewangan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dengan objektif membantu kliennya mencapai matlamat dan hasrat hidup dengan lebih teratur dengan cara yang profesional. Seorang perancang kewangan terikat kepada undang-undang negara supaya klien dapat mengambil tindakan undang undang terhadapnya jikalau berlaku sebarang penyelewengan.
Dari berita-berita yang tersebar di akhbar-akhbar tempatan, jumlah insan yang bergelar bankrap kerana hutang kad kredit yang tidak terbayar, bertambah setiap tahun.
Begitu juga berita wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang selama 25 tahun dikumpul tetapi habis dalam masa hanya tiga tahun selepas bersara.
Anak-anak yang mendapat keputusan yang baik tetapi tidak mendapat tempat di Universiti tempatan dan ibu bapa tidak berupaya membiayai kos pelajaran di universiti luar negara atau di universiti kolej tempatan selalu juga disiarkan.
Kos perubatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Anak-anak yang sukar mendapat pekerjaan dan bergantung kepada ibu bapa yang telah bersara yang wang pencennya tidak cukup untuk keperluan harian.
Hutang peribadi atau pun hutang kad kredit yang tidak habis-habis dibayar.
Tidak dapat menunaikan haji kerana tidak mencukupi wang.
Isteri dan anak kebuluran kerana tidak dibuat persediaan untuk mereka, sebelum ketua keluarga meninggal dunia dan pelbagai lagi masalah hidup yang selalu tersebar di surat khabar atau televisyen, berupaya diatasi sekiranya khidmat seorang Perancang Kewangan telah terlebih dahulu digunakan. - Haznan Hamzah ialah Pengajar Perancangan Kewangan, IFPA Resources Sdn. Bhd.


Sumber UM 19/08/2005

Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan



Oleh ROSMAWATI MION
PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup.
Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?
Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.
Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.
Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.
Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita.
Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.
Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.
Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.
Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.
‘‘Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.
‘‘Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.
Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.
Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.
Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya.
‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang,” ujar Johnson.
Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat ‘bayar’ diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain.
Jelas Johnson lagi, ‘membayar’ diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.
‘‘Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan,” katanya.
Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.
Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.
‘‘Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka.” jelas Johnson.
Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.


Sumber UM 25/07/2008

Monday, August 18, 2008

Rumah RM6.6b 27 tingkat


KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan. Rumah termahal dunia Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.

Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008. Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya. "Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.
Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan. Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal. Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan. Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan. Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India. Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki. 'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan. Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia. Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk ‘W’ mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman. Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh. Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai. Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Di sebalik nama Antilla Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya. Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, “Pulau Naga”, disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab. Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik. Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.
Fakta Menarik Antilla

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.























Jutawan Takaful Insuran


LATARBELAKANG
Memulakan kerjaya sebagai seorang guru sekolah pada tahun 1974 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan dengan memperolehi Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris. Kemudian memperolehi Diploma in Life Insurance Marketing dan seterusnya memperolehi Diploma in Business Administration and Education di University of Birmingham, United Kingdom. Selepas itu beliau cuba menceburkan diri dalam industri insuran sebagai ‘Agen Separuh Masa’ pada tahun 1989. Setelah berkecimpung selama 6 tahun sebagai agen separuh masa, beliau mendapati kerjaya yang diceburi telah banyak membuka peluang kepada beliau untuk melangkah dengan lebih jauh serta dapat menjana ekonomi yang lebih baik di masa akan datang. Maka beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti menjadi guru pada tahun 1995 untuk menceburi industri takaful insuran sepenuh masa sehinggakan beliau mencapai kejayaan demi kejayaan sampailah ke hari ini.

Beliau juga bergiat aktif dalam persatuan dan kesatuan di Malaysia, antaranya; ‘Associate Financial Planner Malaysia (FPAM), Federation of Malaysia Unit Trust Manager (FMUTM), National Association of Malaysian Life Insurance Financial Advisor (NAMLIFA).
Lebih membanggakan En. Raman Yasin ialah, apabila beliau sendiri telah berjaya menghasilkan karya tulisannya bertajuk “JUTAWAN ALAF BARU”. Dimana karya yang dihasilkannya adalah menceritakan tentang pahit manis perjalanan kerjaya yang diceburinya sehinggalah beliau diangkat sebagai ‘Jutawan Alaf Baru’ masa kini serta disegani.

Sepanjang penglibatan beliau selama 18 tahun, beberapa anugerah telah diterima oleh beliau antaranya;
1) 100 Club Award / Million Dollar Club Award / Silver Leader Award / Gold Leader Award / Diamond Leader Award
2) Top Agency Senior Manager (ASM), N.Sembilan – 1996 to 2004
3) Top Agency Senior Manager, Malaysia – 1997
4) Top Agency Builder, Malaysia – 1998
5) 1st Runner Up ASM, Malaysia – 1998 to 2003

Maklumat lanjut http://www.erabumi.com.my/


Friday, August 15, 2008

Perancangan Takaful sebagai kerjaya murni 3


Masyarakat


  • Mengurangkan bebanan kewangan pelanggan

  • Mengurang/menghapus lingkaran musibah (vicious circle)

  • meningkatkan ekonomi

Negara



  • Mengurangkan bilangan pengangguran

  • Menambah peluang pekerjaan

  • Pengaliran kewangan meningkat (putaran wang)

  • Menambah dan meningkatkan kuasa membeli rakyat/masyarakat

Thursday, August 7, 2008

Perancangan Takaful sebagai kerjaya murni 2

Bagi diri sendiri



  • Ilmu-menimba ilmu dan pengetahuan baru

  • Kerjaya profesional

  • Meningkatkan ekonomi keluarga

  • Memajukan diri

  • Memperluas jaringan kenalan (network)


Perancangan Takaful sebagai kerjaya murni


Konsep 4M


1. Mendidik-perbelanjaan (antaranya memujuk berhenti merokok & menganggap sebagai ibadah dalam menjaga kebajikan dan kepentingan)


2. Membantu perancangan kewangan keluarga (membantu mengurus perbelanjaan utama)


3. Menolong pelanggan apabila ditimpa musibah (mengurus tuntutan bil hospital, mempercepatkan proses tuntutan)


4. Meneroka-simpanan/tabungan/pelaburan (sumber kewangan dimana wang bekerja untuk kita

Kejayaaan di kalangan wanita pula


Tuesday, July 29, 2008

Kekuatan Terbesar Manusia

Salam bertemu kembali.

Kali ini saya ingin kongsi kekuatan manusia yang dipetik daripada web www.emotivasi.com



Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan mahakarya. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada pikiran. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan pikiran tersebut, sebab kita sering terjebak dalam zona nyaman atau kebiasaan tertentu. Sehingga selamanya tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang berarti.



Oleh karena itu milikilah target yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam pikiran tersebut. Sebab target atau sasaran baru yang dipikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih siap menghadapi tantangan yang ada.



Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dikerjakan hingga berulang-ulang, maka tanpa disadari kita sudah banyak melakukan hal-hal penting hinga kita tiba di zona baru, dimana kita berhasil mencapai target yang didambakan. Itulah mengapa dikatakan bahwa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam pikiran bawah sadar. Kekuatan pikiran bawah sadar itu dapat dibangkitkan melalui 2 cara, yaitu: autosuggestion dan visualization.



Autosuggestion



Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan autosuggestion.



Autosuggestion seharusnya dilakukan dengan penuh rasa percaya, melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh konsentrasi terhadap obyek yang positif, dan berulang-ulang. Selanjutnya, pikiran bawah sadar inilah yang akan mendikte gerak-gerik tubuh kita. Kekuatan yang ditimbulkan oleh pikiran bawah sadar itu sangat dahsyat entah digunakan untuk melakukan perbuatan buruk atau baik. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara otomatis muncul dari pikiran bawah sadar.



Autosuggestion akan mengetuk kesadaran (heartknock) . Karena dilakukan berulang-ulang dan rutin, suatu ketika kata-kata tersebut akan menembus pikiran bawah sadar. Lalu pikiran bawah sadar itupun memompa semangat. Energi itu dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita.



Mungkin kegiatan autosuggestion ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam. Biasakan mendengar pola pikir positif dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan budaya-budaya yang potensial, menumbuhkan optimisme dan kreatifitas.



Ada 5 (P) petunjuk dalam melakukan autosuggestion, yaitu;



- Positive : pada saat melakukan autosuggestion, pikirkan hal-hal yang positif saja.
- Powerful : lakukan dengan penuh keyakinan sebab dapat memberikan kekuatan untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.
- Precise : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat dideskripsikan, karena pikiran bawah sadar hanya bisa menyusun berdasarkan kategori.
- Present Tense: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan di masa lalu atau akan datang.
- Personal : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih dahulu.



Visualization



Bila kita menginginkan sesuatu maka pikiran bawah sadar akan menggambarkan apa yang didambakan itu. Dengan cara memvisualisasikan impian terlebih dahulu, terciptalah banyak sekali karya-karya spektakuler di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi jaman dahulu mengatakan, “A man’s life is what his thought make of it - Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya. ”
Sesuatu yang selalu divisualisasikan manusia akan mudah terekam dalam pikiran bawah sadar. Lalu muncul kekuatan pikiran tersebut, yang berperan sebagai penghubung antara jiwa dengan tubuh. Sehingga tubuhpun bereaksi dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreatifitas atau tindakan. Memvisualisasikan impian memungkinkan seluruh impian tercapai oleh pikiran bawah sadar.



Tuhan Yang Maha Esa menganugerahkan potensi yang sama besar kepada manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian. Berikut ini beberapa langkah dalam memvisualisasikan impian, yaitu:



1. Mendefinisikan impian
Mendefinisikan impian artinya memberikan batasan atau standar akan impian yang hendak dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian seolah-olah Anda sudah sepatutnya meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini terkesan sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita akan mencoba berbuat sesuatu untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih cita-cita.



2. Menentukan target waktu
Dambakan impian itu terwujud sesuai target yang telah ditentukan, sebab impian tanpa target waktu hanya akan menjadi mimpi sesaat. Impian dengan target waktu akan menggerakkan kesadaran untuk tidak segan-segan melakukan perubahan. Maka mulailah dari sekarang, Be the best, do the best, and then let God take care the rest ?Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak dioptimalkan.



3. Melakukan berulang-ulang
Melakukan ulangan artinya mengkondisikan diri kita untuk lebih sering ingat akan impian kita. Jika sering ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam pikiran bawah sadar. Bila pesan sudah diterima oleh SCM (sub-conscience mind), maka dia akan menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih kreatif.
Jika impian lebih sering diimajinasikan ternyata dapat melipatgandakan kekuatan dari pikiran bawah sadar. Imajinasi yang diulang-ulang ini akan secara tidak langsung merangsang ilusi akan kenyataan yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat manusia. Sehingga diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang
divisualisasikan.




Begitulah seterusnya kekuatan pikiran bawah sadar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu waktu.

Saturday, July 26, 2008

Rahsia mengurus insuran hayat



Ketahui petua-petua mengurus risiko hidup dengan insurans hayat supaya ia sama dengan tuntutan yang anda bakal dapat dari syarikat insurans. Pembaca juga dapat tahu berkenaan cara merancang memahami, dan memantau sendiri program insurans hayat supaya menghasilkan kebaikan kepada diri sendiri dan waris.
Isi kandungan
Prakata

Bab 1: Lapan Golongan Sasaran
Bab 2: Insurans dan Kitar Hidup Manusia
Bab3: Cara Kiraan Jumlah Perlindungan Asas yang Diperlukan
Bab 4: Insurans Perubatan
Bab 5: Insurans Khusus untuk Wanita
Bab 6: Waktu Menamatkan Insurans
Bab 7: Insurans Tradisi dan Insurans Berkaitan Pelaburan
Bab 8: Cara Menilai Sebut Harga Pelan Insurans
Bab 9: Insurans Sebagai Dana Pendidikan Juvenil
Bab 10: Insurans Sebagai Dana Pesaraan
Bab 11: Cara Memilih Insurans Pinjaman Perumahan
Bab 12: Perkara-perkara Penting dalam Polisi Insurans
Bab 13: Cara Memantau Semua Program Insurans Hayat
Bab 14: Cara Penamaan yang Betul
Bab 15: Memahami Prosedur Tuntutan
Bab 16: Cara Membuat Aduan Berkenaan Insurans
Bab 17: Manfaat Insurans Hayat pada Cukai Pendapatan
Bab 18: Kes-kes Kajian
Bab 19: Panduan Memilih Penasihat Insurans
Lampiran 1: Jadual Faktor Nilai akan Datang
Lampiran 2: Jadual Faktor Nilai akan Datang Anuiti
Lampiran 3: Jadual Faktor Nilai Masa Kini Anuiti
Lampiran 4: Penerangan Penyakit Kritikal atau Berbahaya
Lampiran 5: Mekanisme Insurans Berkaitan Pelaburan
Lampiran 6: Reka bentuk Portfolio Dana Insurans Berkaitan Pelaburan
Lampiran 7: Strategi Menyimpan dalam Insurans
Lampiran 8: Klausa penting dalam Kontrak Polisi Hayat Biasa
Lampiran 9: Klausa Penting dalam Kontrak Polisi Berkaitan Pelaburan
Lampiran 10: Peruntukan Premium, Yuran dan Caj Polisi Berkaitan Pelaburan
Lampiran 11: Klausa Penting dalam Kontrak Polisi Perubatan
Rujukan
Indeks
Biodata Penulis

Kejayaan dalam kerjaya perunding kewangan


Power Closing-Dr Rizal Naidu





Saya ingin berkongsi content buku power closing by dr rizal naidu.pada yg terlibat dengan insuran, takaful,perancang kewangan, tentu pernah dengar nama ni. Antara perkara yang menarik adalah,konsep 6%,38% & 56%---3 peratusan ni penting dan perlu diingat semasa mempromosikan jualan kepada prospek.
1-Ingatlah bahawa pelanggan anda hanya mendengar 6% daripada apa yang anda terangkan akepada mereka.
2-38% adalah bergantung kepada suara anda semasa melakukan pembentangan, cakap dengan jelas dengan intonasi yang betul.
3-Yang paling penting adalah 56%, paling besar impaknya pada prospek.ia adalah mimik muka , pergerakan tangan, tubuh dan mata.Isyarat badan memainkan peranan yang sangat penting dalam menerangkan sesuatu perkara.Jika anda tidak memiliki faktor ini, pelanggan sukar untuk minat dengan produk anda.
MAHATMA GANDHI BERKATA" APA YANG ANDA KATAKAN BUKANLAH SESUATU YANG PENTING TETAPI YANG PENTING ADALAH BAGAIMANA ANDA MENGATAKANNYA".

Dari semasa ke semasa saya akan kongsikan pengalaman beliau dalam bidang perancang kewangan.
Dr Rizal Naidu kembali dengan buku terbitan terbaru beliau. Beliau juga mempunyai website sendiri iaitu http://rizalnaidu.com/
For orders, please email: info@rizalnaidu.com

Urus Wang Anda: Wanita perlu simpanan persaraan lebih banyak

UMUMNYA wanita mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki. Secara purata wanita akan hidup selama 22 tahun selepas persaraan berbanding 19 tahun bagi lelaki. Ini bermakna golongan wanita perlu mempunyai simpanan persaraan yang lebih banyak daripada lelaki.Namun, kealpaan mengenai keperluan menyimpan untuk persaraan atau hanya mula menyimpan untuk persaraan ketika sudah menghampiri usia bersara, kebanyakan wanita mengalami kesulitan wang apabila sudah tidak bekerja. Mengikut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), golongan wanita berkenaan hanya mula menyimpan bagi tujuan kegunaan persaraan di saat-saat akhir. Selain itu, wanita juga sering bertukar kerja yang boleh menyebabkan pendapatan mereka tidak menentu dan kehilangan pendapatan ketika mencari kerja baru. Justeru, untuk mengelak perkara sama, wanita yang secara umumnya mempunyai pendapatan lebih kecil daripada lelaki atau mengalami proses kenaikan pangkat yang lebih lambat berbanding daripada lelaki, perlu membuat persediaan awal bagi persaraan. Perancang kewangan pada kebiasaannya mencadangkan wanita supaya menyimpan dua peratus lebih banyak daripada lelaki pada setiap tahun untuk tempoh 30 tahun mereka bekerja. Ini bagi membolehkan mereka apabila bersara kelak dapat mengekalkan gaya hidup sama seperti dilalui ketika mendapat bayaran gaji setiap bulan semasa mereka bekerja. Simpanan lebih tinggi daripada lelaki itu juga perlu bagi memastikan mereka mempunyai kemampuan mencukupi bagi membayar kos perubatan dan keperluan hidup lain yang semakin tinggi. Kajian Hewitt Associates, sebuah firma pengurusan sumber manusia antarabangsa, mendapati terdapat beberapa kelemahan di kalangan wanita hari ini. Kajian mendapati mereka mula menyimpan bagi persaraan agak lewat, kurang melabur dan terlalu kerap berhenti kerja atas alasan keluarga. Ini menyebabkan mereka kehilangan pendapatan berjumlah beribu-ribu ringgit, selain kehilangan peluang kenaikan pangkat atau mendapat manfaat lain daripada majikan. Meskipun kajian Hewitt itu membabitkan wanita di AS, tetapi keadaannya adalah hampir sama seperti di negara ini dan boleh dijadikan panduan serta kesedaran mengenai keperluan menyimpan bagi persaraan. Kajian berkenaan membabitkan hampir dua juta wanita yang sedang bekerja di 72 syarikat utama di negara berkenaan. Penulis kajian itu, Alison Borland, berkata tabiat menyimpan wanita didapati tidak banyak berubah jika dibanding dengan beberapa tahun lalu. Secara keseluruhan, empat daripada lima lelaki dan wanita tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup sama apabila mereka sudah tidak bekerja. Hewitt menganggarkan selepas bersara setiap pekerja perlu menggantikan 126 peratus daripada gaji mereka jika mahu mengekalkan gaya hidup dan keselesaan yang sama seperti mereka kecapi sekarang. Ini bermakna mereka perlu mempunyai wang belanja yang lebih tinggi ketika bersara disebabkan kos perubatan dan sara hidup lain adalah lebih tinggi apabila mereka bersara kelak. Bagaimanapun, disebabkan wanita mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada lelaki, wanita perlu memikirkan untuk menyimpan lebih banyak dan mula menyimpan untuk persaraan lebih awal daripada lelaki. Malah, kehidupan mereka juga akan menjadi lebih selesa apabila tidak lagi mempunyai hutang yang perlu dilunaskan.

Dewan Negara: Pesara perlu simpanan minimum RM120,000

Pencarum KWSP kena bijak melabur untuk hidup lebih selesa

KUALA LUMPUR: Purata simpanan rakyat Malaysia pada umur 54 tahun yang menjadi pencarum aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2007 ialah RM121,163. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, berkata sekiranya seseorang pekerja membayar caruman secara berterusan dari mulai bekerja sehingga bersara iaitu bagi tempoh 30 tahun, simpanan KWSP yang ada pada umur 55 tahun akan berjumlah sekurang-kurangnya RM120,000.

"Jumlah simpanan itu dijangka boleh memberikan pendapatan sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 20 tahun selepas berumur 55 tahun. "Untuk menikmati kehidupan lebih selesa, pencarum mestilah mempunyai caruman lebih daripada RM120,000," katanya menjawab soalan Senator Datuk Ikhwan Salim Sujak yang ingin tahu anggaran kasar simpanan kebanyakan rakyat Malaysia dalam KWSP apabila bersara. Bagaimanapun, Husni menjelaskan simpanan dimiliki seseorang itu dalam KWSP ketika bersara tidak bergantung semata-mata kepada kadar caruman tetapi juga jumlah pendapatan, tempoh bekerja dan mencarum serta kadar dividen diterima.

Menjawab soalan tambahan Ikhwan Salim, Ahmad Husni berkata, sekiranya pencarum bijak membuat pelaburan, jumlah RM120,000 itu mencukupi sepanjang bersara. "Ketika ahli masih lagi mencarum, mereka boleh menggunakan wang menerusi akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada caruman untuk membeli rumah, malah jika rumah pertama selesai dibayar dan dijual mereka juga dibenar membeli rumah kedua. "Jadi saya maklum sekiranya mereka mempunyai rumah dan juga pelaburan yang mencukupi, maknanya dengan RM120,000 mereka boleh hidup," katanya. Menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang meminda perlembagaan KWSP bagi mewajibkan setiap pekerja sambilan atau kontrak turut mencarum, Ahmad Husni berkata, perkara itu akan dikaji.

Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan

PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup.

Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?

Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.

Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.

Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.

Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita.

Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.

Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.

Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.

Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.

‘‘Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.

‘‘Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.

Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.

Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.

Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya.

‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang,” ujar Johnson.

Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat ‘bayar’ diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain.

Jelas Johnson lagi, ‘membayar’ diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.

‘‘Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan,” katanya.

Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.

Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.

‘‘Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka.” jelas Johnson.

Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.

Sumber UM:25/07/2008